Dua Blog WordPress Untuk Monetize Adsense

4 - June - 2008

Dalam post yang lepas aku cerita pasal ‘Profitable Blogging Workshop’. Mereka gunakan blog WordPress untuk menjana pendapatan Adsense. Selepas daripada workshop tu aku pun fikir macam mana nak gunakan “IDEA” mereka tu untuk menjana pendapatan adsense.

Sebelum ni aku memang ada dua domain dan ada reseller webhosting… jadi aku pun buat keputusan untuk install blog wordpress pada kedua-dua domain berkenaan. Masalahnya macam mana aku nak cari “NICHE” yang sesuai ni…??

Fikir punya fikir … dapat idea. Baik gunakan nama domain sediada untuk di jadikan platform blogging dan kaitkan dengan sesuatu yang agak berkaitan.

1 . Ahstranstel.com – dulu ada seorang bisnesman dari Sg Buluh minta aku buatkan forum gunakan platform Windows. Bagaimamanapun selepasa aku siapkan dia langsung tak contact aku. Macam ni punya manusia pun ada. Tak pulang modal hosting RM199 + domain RM50.00. Untuk domain ni “transtel” tu lebih sesuai untuk “travelling” dan “adventure”, jadi aku buat keputusan untuk gunakan tajuk “Asia World Trans Travel

2. Infosuite101.com – dulu site ni aku gunakan untuk platform kepada puluhan site lain yang monetize adsense. Tapi tak bertahan lama sebab kena de-index dengan Google. Aku hadkan site ni untuk Information on Finance related sahaja.

Semalam, 2 Jun aku dah upkan site ni dan baru ada 1, 2 artikel. Tapi di sebalik blog tu ada site lain untuk monetize adsense.

Untuk Infosuite101.com aku dah upkan site berikut;

  1. Financial Planning
  2. Home Equity
  3. Equity Loan
  4. Debt

Manakala untuk Ahstranstel.com aku baru dapat cari bahan dan upload satu site sahaja,

  1. Hong-Kong

Asia World Trans Travel

2 . Finance information Center

Finance Information Center

Lepas ni kena cari artikel untuk maintain posting. Tapi aku rasa sebab gunakan blog di wordpress.com ni cepat kena index oleh Google dan nak maintain ranking PR 2 atau 3 tuu mudah sikit.

Jadi korang komen lah sikti pasal WordPress dan Adsense ni.


Workshop Profitable Blogging

31 - May - 2008

Semalam, Sabtu 31-May-08 aku berpeluang menghadiri workshop profitable blogging di Federal Hotel KL. Workshop dikendalikan oleh Steven Wong dan Melvin Ng. Kalau korang terlibat dalam internet business mungkin korang kenal mereka berdua ni.

Workshop ni menerangkan sepintas lalu kaedah  menjana  pendapatan Adsense dengan menggunakan  WordPress Blogs. Kenapa WordPress menjadi pilihan mereka? Mereka menjelaskan selepas 2 tahun lebih mencuba pelbagai cara menjana duit online mereka dapati penggunaan WordPress beserta dengan Adsense adalah cara yang paling mudah dan berkesan. Ini adalah fakta dari kajian mereka. Tapi mana buktinya?

Aku pun malu laa bila tengok Adsense acccount Melvin Ng. Dia hanya tunjukkan pendapatan 3 bulan yang dia perolehi dalam tahun 2007.  Ogos – $31k, September- $22k dan Oktober – $21k.  Jealous betul laa…

Bila dia terangkan secara ringkas cara yang perlu di buat aku rasa aku tahu tapi… di mana silap nya aku tak berjaya generate ribuan dollar sebulan dari Adsense?

Cara nak generate pendapatan Adsense dengan WordPress,

  • Cari niche yang berkenaan
  • Cari keywords yang sesuai
  • Beli domain dan sewa web hosting
  • Install WordPress
  • Install plugins yang berkaitan
  • Post articles yang dah di research
  • Post ke article directories
  • Maintain posting articles
  • Generate trafik dari Webb 2.0 (squidoo, facebook, myspace dan lain-lain)

Rasa-rasanya mudah jugak tapi paling susah rasanya nak dapatkan niche yang paling sesuai tu.

Las sekali mereka offer ‘Profit Blogging Boot Camp’ dengan harga RM2,997.00 … mak oooi, bukan rasa lagi tapi sememangnya aku tak mampu la nak keluarkan modal sebanyak tu untuk training 2 hari. Tapi kalau siapa yang ada modal tu boleh lah invest dan cuba buat beberapa wordpress blog untuk di monetize dengan Adsense. Kalau ada 10 site takkan  5 ke 6 site tak boleh generate dalam $50 hingga $100 sebulan.

Pada pendapat aku rahsia kejayaan menjana duit Adsense ni di tentukan oleh beberapa faktor,

  1. Niche yang menguntungkan – ni yang payah nak cari
  2. Keywords yang mirip atau serupa dengan apa yang pencari akan taipkan ke Google search
  3. Buat beratus blog ( Do, RInse, Repeat) dengan kaedah yang sama dan ulang.

Kalau boleh buat perkara 1, 2 & 3 kat atas aku gerenti memang boleh buat duit dari Adsense. Tapi itu semua bergantung kepada kesediaan mental, modal, masa dan usaha…. betul tak?


Video Tutorials

15 - March - 2008

Sibuk, sibuk, sibukkk…. tapi dah namanya kerja mestilah sibuk – betul tak? Kalau kita kerja tapi tak sibuk dan asyik banyak masa free aje nampaknya tak lama kena letak jawatan la. Ehhh aku sibuk ni…. banyak kerja nak buat kat ofis.

Itu senario biasa kalau kita sebut pasal kerja. Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal Video Tutorials. Sejak PC boleh rakam, edit dan sunting video dengan microsoft movie maker dan lepas di ikuti dengan sofwer-sofwer lain menyunting video pada pc telah menjadi medium bukan sahaja untuk tujuan peribadi dan hiburan tetapi juga sebagai saluran untuk iklan dan pembelajaran.

Ramai yang menyunting video sendiri dan kemudian di upload ke youtube.com untuk dikongsi. Tapi internet marketers telah menggunakan video untuk buat video clip iklan dan juga diupload ke youtube.com

Bagaimanapun yang paling menarik ialah penggunaan video sebagai media untuk pembelajaran. Pastnya penggunaan video akan menjadi lebih menarik kerana ianya dapat menunjukkan sesuatu dengan jelas dan lebih mudah untuk difahami kerana dapat di lihat dengann jelas.

Sebagai contoh, jika anda ingin belajar cara untuk setup WordPress Blog anda sendiri maka inya menjadi cepat dan mudah dijika anda menonton video cara-cara install dan setup blog berbanding dengan anda membaca buku cara install blog.

Pastinya melihat video adalah lebih mudah dan cepat untuk belajar mengenai sesuatu. Boleh dikatakan kini terdapat pelbagai jenis video dalam cabang yang berlainan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk mempelajari sesuatu ilmu.

Bagi anda yang ingin mempelajari internet marketing bermula dari bawah (scratch) anda boleh download video internet marketing di Hot Video Tutorials .

Hot Video Tutorials

Terdapat 7 jenis video tutorials yang ditawarkan dalam pakej Hot Video Tutorials ini – asas internet marketing, wordpress blogs, ebook mastery, use ms frontpage, site building, list-building dan lain-lain. Semuanya lengkap dan bernas.

Tapi jika anda baru berjinak-jinak dengan WordPress dan ingin mengetahui cara setup WordPress blog siap dengan kemampuan SEO nya sekali anda boleh download video Install SEO WordPress secara percuma dengan klik pada link atau rajah dibawah.

SEO WordPress Install

Download video How To Install SEO WordPress adalah percuma, cuma anda perlu tunggu dalam masa kurang 10 saat pada halaman berkenaan sebelum tawaran download percuma di tawarkan.


Beta launch IMCLUB

11 - February - 2008

Alhamdulillah, membership site yang aku usahakan hampir selesai. Bagaimanapun baru dapat siapkan 1 dari 2 sites yang dirancangkan.

Buat masa ni masih belum launch lagi kerana masih perlukan testing. Walaupun banyak products dah diupload ke members area dan sepatutnya dah boleh launch, tapi aku perlu pastikan plugin scripts berfungsi dengan betul, mana tahu kalau ada glitch.

Sekarang ni aku perluan beta testers untuk menguji keampuhan script membership site ni…

Aku menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Beta Testers – free to join.

Signup untuk jadi Silver Member – FREE, Gold aku tak buka kepada orang Malaysia buat masa ni. Sebaliknya aku offer Platinum Membership untuk Beta Tester.

Siapa grab Platinum Beta Member pada masa pre-launch ni kira untung besar sebab dapat Lifetime Membership (untuk sekurang-kurangnya 10 tahun) dengan hanya 1x bayaran keahlian yang rendah.

Silver Membership Percuma

Klik membership card kat atas ni..

Tapi kalau nak lebih banyak diskaun, sila ke http://www.mbakl.com/wcso.html

Diskaun ni akan tamat pada akhir Feb 08 bila site ni akan di lancarkan dan dipromote secara global.

ok, setakat ini dulu dan jumpa lagi.

Salam.


Site makeover masih dalam pembinaan

18 - December - 2007

Dah sebulan lebih aku buat makeover existing websites aku kat amazingnicheprofits.com dan mbakl.com. Aku gunakan membership software, pasal canggih sangat jadi terpaksa lalui ‘learning curve’. Perit juga rasanya pasal dah sebulan tapi site masih belum ‘up’ lagi.

Aku gunakan script yang agak mahal (mahal betul) tapi agak mudah lah sebab upload install dan terus boleh guna tapi nak menguasai selok-belok kelebihan script ni yang makan masa.

Bagaimanapun insyallah dalam sebulan lagi site yang kat mbakl tu mungkin siap sepenuhnya dan diikuti dengan site amazingnicheprofits.com

Dalam pada tu aku terfikir jugak… lama betul duit tak masuk dari internet sebab site adsense aku dah kena de-index dengan google. Fikir punya fikir aku aku ada 3 domain yang belum di gunakan jadi aku pun upload dengan affiliate link dan juga site adsense.

Ni site-site berkenaan.

Affiliate site ada dua

  1. Kat ahstranstel.com (domain ni ada bisnesman tempah kat aku tapi lepas aku tempah guna duit aku dia langsung tak contact aku balik, dekat setahun dah..ciittt)
  2. Yang kedua kat mypluginprofitesite.com – ni betul-betul free site plugin sebab aku tak upload apa-apa pun cuma signup dan setkan DNS server kepada site ni.

Yang ni pulak site adsense, aku dapat dua site terbaru jadi aku pun terus upload.

  1. Pasal ‘flowers’ – mypluginprofitsite.com/flowers/
  2. Pasal ‘snoring’ – mypluginprofitsite.com/stop-snoring/
  3. Pasal ‘scrapbook’ – mypluginprofitsite.com/scrapbooking/

Oh ya, site baru yang kat mbakl.com tu menggunakan folder tapi nantilah tinggu siap dulu.

Ini dulu yang dapat aku kongsikan buat masa ni.

Salam.


rehat panjang… atur strategi

26 - October - 2007

Selepas posting yang lalu pada September 21, aku mengambil keputusan untuk ‘berehat seketika’ bagi memikirkan strategi seterusnya.

Aku rasa strategi dan kaedah perlu ditukar kerana hasil yang diperolehi tidak sepadan dengan usaha. Jadi aku perlu buat kajian semula dan merancang strategi dan kaedah ‘tempur’ yang baru.

Hemmm… sampai hari ni aku masih belum dapat membuat keputusan konkrit, idea banyak dan semuanya baik tetapi aku perlu pilih yang lebih sesuai dengan keadaan semasa supaya keuntungan maksima dapat dihasilkan.

Antara lain,

  1. Private Label membership site
  2. Niche membership site
  3. Expand on Adsense VRE
  4. Ads on blog sites

Aku masih perlu mencari penyesuaian dan merangka jadual time-line untuk mencapai target.

Masalah kewangan lepas raya ni meruncing pulak…. nasib badan…

Masih berlum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

dah selesai puasa 6 ke belum??


Lagi website adsense!

21 - September - 2007

jangan terperanjat… buat masa ni aku masih concentrate untuk jual website adsense. masih banyak koleksi website adsense yang belum diupload. terdapat juga pakej adsense yang belum selesai di repack untuk dijual.

ni ada yang terkini aku offer sebagai adsense Virtual Real Estate (AdVRE). tak mahal pun, tak sampai 50sen untuk satu site.

sebelum tu aku ada upload satu site adsense kat private label. ada 6 lagi website yang serupa tapi berlainan niche – aku belum sempat uplaoad dan repack.

ok, jumpa lagi dan selamat berpuasa.


tambahan koleksi site adsense

25 - July - 2007

semenjak dua menjak ni aku sibuk betul dengan kerja ofis dan kerap juga aku terpaksa bawa balik ke rumah untuk di siapkan. apa nak buat… dah makan gaji jadi mesti tunaikan amanah.

hujung minggu lepas aku ada free sikit dan tiada program (sshhh, sebenarnya tengah bulan dan duit dan sengkek…) yang spesifik jadi aku pun godek-godek pc dan terjumpa site adsense ready-made masih belum berusik lagi…

aku pun otek-otek dan tukar mana yang patut dan lepas tu upload kat folder website mbakl.com.. hah, korang tengoklah sendiri kat Articles House ni.

ni baru sebahagian je dari site-site adsense ready made, masih ada banyak lagi yang perlu aku modify dan upload. kot-kot manalah tau kalau ada rezeki bergolek….


letelcorp.com.my

12 - June - 2007

pertengahan bulan lepas aku dapat email dari ‘boss’ kat ofis, ‘make sure you finish you leave allocation for this year’… jadi aku pun check dengan pihak admin, wow… cuti aku masih ada 43 hari untuk di habiskan.

jadi aku pun buat perancangan cuti. tengah aku fikir-fikir bila nak ambil cuti, sorang kawan lama yang buat bisnes supply produk aksesori telekomunikasi call. dia tanya mengenai domain name lama yang dia pernah book dulu. aku kata nanti aku check dulu. bila aku check nama tu memang ada lagi tapi bila nak booking tak berjaya. aku cuba sekali lagi keesokan hari… tapi menghampakan sebab dah kena sapu dengan ‘mat salleh’.

setelah berbincang dengan kawan aku tu dia setuju ambil domain .my jadi aku pun booking letelcorp.com.my … hemmm … jaring punya proses tak friendly langsung… nak kena tanda tangan dan cop syarikat… macam-macam benda mereka nak, leceh betul.

kalau kita beli .com boleh selesai dalam 2 minit dan domain boleh on dalam 1-6 jam, tapi .com.my lebih 3 hari baru boleh online, itu pun lepas kita fakskan nama, nombor dan cop syarikat.

berbalik kepada kisah cuti tadi… jadi aku pun set untuk cuti beberapa hari bagi menyiapkan laman web kawan kau tu…

aku peri ofis dia -buat perbincangan ringkas dan ambil mana-mana data/maklumat yang aku rasa perlu. aku beritahu dia proses buat website ni sentiasa ongoing jadi aku akan buat gunakan dynamic design supaya mudah untuk di kemaskini…

pusing punya pusing – scan gambar produk, modify logo, fikir idea dan cari point apa yang nak di isi kat web tu… selepas selesai scan dan edit gambar-gambar produk tu aku pun upload script joomla dan mula edit laman website. selesai dalam 2 hari.

aku terpaksa upload joomla script sebab bila aku cuba gunakan fantastico untuk auto install kat main web sistem tak boleh install… error ‘site exist’. tu la yang kena buat manual… leceh…

korang bolehlah tengok laman tu kat letelcorp.com.my – sekarang ni aku masih fikir berapa aku nak caj buat projek ni… ada cadangan tak?

salam…


site baru dah up….

11 - May - 2007

Alhamdulillah… selepas sebulan berlalu dan berhempas-pulas setiap malam akhirnya dapat juga upkan site untuk jana duit internet. Bukan jual produk tapi dari PPC.

Site utama: Top Information Resources  – di bawah site ini terdapat subfolders yang mengandungi pelbagai tajuk. Banyak lagi tajuk yang sedang dalam perancangan untuk dimasukkan.

Dari sini juga terdapat link ke 2 site baru -

  1.  Your Golden Years Guide
  2. Adventure and Travel Guide

Untuk menjana duit, setiap muka terdapat iklan adsense dan amazon. Link untuk iklan Yahoo, Chitika dan Searchfeeds dah sedia tapi belum diaktifkan – belum buka akaun.

Site yang telah ada resources dan sedang dalam pembikinan ialah,

  1. Boating
  2. Camping
  3. Fishing
  4. Golf

dan yang telah dirancang,

  1. Dog Site
  2. Forex

Keenam-enam site ini semuanya dalam rangka seperti site dalam dua link baru di atas  lebih banyak keywords yang berkaitan niche berkenaan.

Kalau anda berminat nak mendapatkan site-site seperti ini sila email saya untuk perbincangan.

Sekian dulu. Salam.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.